Buah Keranji Dalam Perahu,
Suruh Makan Dia Makan,
Suruh Mengaji Buat Tak Tahu
Aku rasa mesti korang semua familiar dengan pantun kat atas tu kan. Well, untuk entry aku yg first ni actually takde kena mengena dengan pantun ataupun sesi jual beli pantun. Cuma apa yg aku nak cerita kan sini ialah pasal buah yg ada dalam bait pantun tu. "BUAH KERANJI"
Ada sapa2 yg pernah tengok or makan buah keranji? To be honest, aku pun baru first time tengok and dapat merasa buah keranji tu. So, untuk first entry aku dlm dunia blog ni, aku bagi penghormatan kat buah keranji tu as my first entry and writing on blog. Jadi itu la tajuk entry "Tuah Si Buah Keranji" Huhuhu
![]() |
| Buah Keranji Dalam Loyang ye...bukan dalam Perahu :P |
Buah keranji ni saiz dia kecil2 je. Tak besar mana pun..dalam size duit seposen macam tu la. Kulit dia warna hitam kehitaman dan permukaan dia seakan akan velvet (baldu) sikit.
![]() |
| Isi Buah Keranji |
![]() |
| Isi Buah Keranji - Up Close |
Isi buah keranji macam berdebu (dusty) dan mudah pecah. Rasa buah keranji seakan-akan rasa buah asam jawa. Tapi takde la semasam asam jawa sangat..dia agak masam-masam manis la..Buah keranji ni berbuah ikut musim tapi aku tak pasti dalam setahun berapa kali musim dia berbuah.
Well, sesekali kalau dapat merasa buah-buah eksotik dan yg rare memang menarik. Nak nak lagi kalau buah yang orang tak jual kat pasar-pasar dan hanya boleh jumpa kat kawasan kampung.Tapi aku harap buah keranji ni tak kan pupus terus sebab takut nanti generasi selepas aku tak kenal langsung dengan buah keranji ni dan diaorg hanya tahu dan kenal buah ni hanya dalam pantun di atas.




No comments:
Post a Comment